Khamis, 13 November 2008

Nama Anak-anak Meow...

sebenarnya sehingga ke hari ini aku masih belum ada nama untuk anak-anak si meow tuh. nama maknya pun aku tak pandai nak bagi, jadi aku panggil meow ajer...hehe....

aku akan bagi nama kat anak2 meow ni berdasarkan ciri2 yang ada pada setiap sekor tu. ok mula yang sulung dulu..

dia bermata biru dan berbulu belang2 jadi aku cadang nak buh nama dia bluebel...kelakar je bunyinyer kan? hehe

yang kedua, juga bermata biru dan warna dia oren plain (plain orange) jer...jadi aku buh nama open (cara sebutan dia bukan macam Open The Door k!!)kelakar jega kan?

yang ketiga pula, juga bermata biru dan berwarna putih oren bertompok2. disebabkan dia comel sangat ditambah pula dengan tompok2 tu jadi aku buhla nama dia tomel (tompok+comel) hehe...

harap2 nama ni kekal la...takut bertukar pulak nanti ikut sedap nak panggil jer...hehe..tapi kalau ada yang nak mencadangkan nama-nama yang lebih unik boleh bagi kat bhgn komen yer...


nanti aku post gambar-gambar diorang ni yer...

Tiada ulasan: