Selasa, 4 November 2008

Perjalanan / Rombongan Yang Amat Meletihkan....Part 3

sambung citer lagi..

dalam perjalanan ke Bandung kami singgah di Lubok Buaya. nama tempat ni berasal daripada peristiwa kekejaman Komunis yang memberontak pemerintah pada masa dahulu di indonesia. seramai 5 orang pemimpin kerajaan dibunuh dan disumbat ke dalam lubang sumur atau lebih dikenali dengan lubuk buaya.

sempat jugaklah kami bergambar...mood aisyah masih ok dan dapat gred A+++ lagi. semua cikgu kagum dengan 'kebaikan' aisyah yang tak meragam langsung selama perjalanan ni...tq sayang.

hari nampak macam nak hujan ajer, aku terus ajak suami naik bas semula. takut nanti aisyah kena hujan dia demam pulak...tak lama lepas tu Aisyah lena atas riba aku...alahai kesian sgt tengok dia...letih tapi takde pun nak mengandu atau memberontak!!! tq sekali lagi sayang...

agenda seterusnya, kami ke Taman Mini Indonesia...luas betul kawasan nih, mmg tak larat nak jalan kaki kalau nak tengok semuanya. kat sini, semua rumah contoh bangsa Indonesia dibina. kami sempat pergi ke rumah Bali ajer...pastu hujan dah mula nak turun. walaupun aisyah tidur, aku masih turun utk menyertai yang lain...mujurlah dia tak menangis....

kemudian kami ke safari indonesia pulak. yang bestnya kat sini, kami dapat tengok binatang yang dilepaskan tanpa dikurung mcm kat zoo negara kita tuh. tapi kami mesti berada dalam kenderaan la...kalau tak, nak kena terkam dengan rimau, gajah, cheetah tu semua??? hehehe...sayangnya aisyah tidur ms ni, kalau tak mesti dia suka tengok binatang2 tu seme...kemudian aku tercium sesuatu...alamak aisyah u'uk dalam tidur la...aku minta suami bagitahu kat pak rizal tu nanti tolong berhenti kejap utk ke tandas.bas berhenti ajer, aku terus minta suami tolong sama2 cuci aisyah punya poo-poo.hehehe...berbau kuat lah poo-poo dia, mgkn sbb makan bubur yang dibubuh mcm2 perasa tuh!!! hehehe...punyalah sejuk air paip tu, sampai kaki aisyah terketar menahan sejuk...sian dia...mujur nangis kejap ajer, mgkn sbb sejuk sgt kot...pastu ok balik....sayang anak ummi nih...

2 ulasan:

syayassir berkata...

wah, bestnya kak yuzie gi jalan2 indon... :)

zie1978 berkata...

sya, best lah jugak tapi kalau dapat gi sendiri mgkn byk tempat lagi boleh kita pergi melawat tapi dah ikut org ni,kena ikut jadual dia lah...hehehe