Selasa, 11 November 2008

Selamat Bercuti Untuk Semua Guru dan Pelajar Sekolah

Minggu ni adalah minggu terakhir berada di sekolah. masing2 sibuk menyiapkan kerja2 terakhir ssebelum cuti akhir tahun ni...sibuk betul, sampai tak sempat nak makan...cite bab makan ni, entah kenapa 'meriah' betul aku menjamah makanan. makan nasi kalau tak bertambah mmg tak sah, mgkn sbb sgt kerja di sekolah, menyebabkan lalu betul aku makan hehe (alasan je tu)...atau mungkin juga ada 'isi'??? aa...

sebenarnya bila umur aisyah 10 bulan, aku dah bersedia nak mengandung balik, tapi masih takde tanda2 lagi nih...hehe harap2 tahun depan aku dapat mengandung semula, mungkin lebih serasi angin di kampung nanti....

citer pasal balik kampung pulak, aku sekeluarga akan balik ke semenanjung pada 16 hb ni...semalam baru je gi kat Airborne (Agen tiket MAS) utk pertukaran tarikh tiket percuma yang aku dapat tahun ni...tahun depan dah boleh balik kampung dua kali setahun sebab seorang kakitangan kerajaan dapat tiket percuma sekali setahun kalau sebelum ni kan 2 tahun sekali (kalau suami isteri dua-dua kakitangan kerajaan maknanya dapatlah balik raya sekali, dan balik hujung tahun sekali...)

InsyaALLAH, kami sekeluarga bertolak balik pada 16hb jam 8.30 pagi sampai di KLIA jam 10.10 pagi. dari KLIA naik bas menuju L**** Perak dulu untuk jumpa Bapa Saudara (Paksu) suami yang sedang sakit lama. dia pun terlalu rindukan suami aku tu sbb dia antara anak saudara yang paling Paksu sayang. disebabkan suami aku sgt bertoleransi dalam urusan keluarga aku, maka aku pun tak berkira sangat lah dengan dia, samada nak balik kampung dia dulu ker, berapa lama nak duduk kat situ ker, aku ikut je semua...tapi yang bestnya suami aku ni terlalu memahami aku, tu yang aku tak pandai nak komen dia jika berlaku apa2 permasalahan, sebab sebarang keputusan yang dia buat mesti adil dan ada sebabnya...itulah fungsinya sbg ketua keluarga...

lepas ke perak, kami terus ke kampung suami di B***** Kelantan, beraya haji disana, raya ketiga 10hb 12, jam 9.15 pagi fly ke KL pula, cadangnya nak mintak tolong adik2 aku yang cuti tu datang amik di KLIA nanti, kalau takde kena naik bas lagi lah untuk ke negeri P*****, kampung halaman aku yang paling dirindui ni.

apa yang bestnya dalam cuti ni ialah adik aku yang ketiga akan bertunang dan akan berkahwin INSYAALLAH tahun depan. tapi sayangnya aku tak dapat menyertai rombongan pertunangan tu sbb masih berada di kampung. takpelah...dan ada juga yang sedihnya bila abang akan ke ARAB SAUDI untuk bekerja di sana. sebenarnya aku sedih sangat nak melepaskan abang aku yang sorang ni bekerja di sana. apatah lagi isteri dan anak2 dia kan? baru-baru ni abang sms bagitahu dia akan berlepas ke Arab pada 15hb Disember ni. jadi aku kena balik untuk bersama-sama dengan dia dan keluarga sebelum dia bertolak. abang aku ni seorang yang sgt sensitif, gerenti dia nangis punyalah nak tinggalkan anak isteri di Malaysia.. tapi aku doakan semoga dia tabah menghadapinya. suami aku ada cakap, disebabkan aku tak dapat merasa daging kambing akikah aisyah yang suami sembelih dulu, kami bercadang nak beli sekor kambing lagi untuk buat kenduri sempena keberangkatan abang nanti...emm mesti meriah kan??

oklah...selamat bercuti untuk semua guru-guru Malaysia...yang kena jadi pengawas exam SPM tu selamat bertugas...aku mmg elak jadi pengawas SPM ni sebab mmg nak cuti, cepat balik kampung...

di kampung nanti, kalu sempat, boleh lah post citer2 di kampung pulak....

selamat bercuti...

2 ulasan:

syayassir berkata...

wow, bestnya kalau ada 'isi'... :)
kak yuzie, kitorang tahun lepas diwajibkan isi borang jaga exam.. jadi, tahun ni kenalah jaga... sian kitorang kan.. heheheh
eh, selamat bercuti! banyaknya perancangan cuti ni ye? tapi jangan lupa update blog tau! :)

zie1978 berkata...

sya,
diwajibkan tu sbb takde yang nak jaga kan? akak mmg tak pernah jaga SPM atau PMR. tapi takpelah dapat duti sampingan kan? selamat jaga exam yer...selalunya org2 muda macam sya ni bersemangat lg hehe...teruskan usaha ke arah tu tau!!!