Khamis, 13 November 2008

Cite Si Meow...

semakin hari aku semakin sayang pulak kat si meow dan anak2 dia yg comel tu. si aisyah pun semakin berani nak pegang2 meow nih. semalam aku tengok kat tangan dia ada kesan kena calar, tak pasti la pula kena apa. nak tanya bibik, tak teringat langsung nak tanya. lagipun aku tengok kesan calar tu tak berapa serius jadi tak amik kisah sgt la...

pagi tadi sebelum pergi sekolah, si meow ni macam biasa la tunggu aku depan pintu bilik sambil minta nasi utk sarapan dia pagi tu..lepas bagi dia makan dengan semangkuk friskies dan semangkuk nasi bergaul ikan goreng, aku temankan aisyah melayan Indahnya Iman di Oasis.tiba2 datang si meow tadi duk tepi aisyah. apalagi, suka lah anak dara ni. terus tak tumpu dah kat Indahnya Iman. apalagi ini lah masanya dia nak buli si meow tu. cepat aje tangan dia cucuk mata meow, hidung, tarik telinga, tepuk2 badan meow dan macam2 lagi lah dia buat. tiba2 aku terdengar meow memberi bunyi 'amaran'. pastu dengar aisyah menangis...aku tanya suami, kenapa? dia cakap meow gigit tangan aisyah!! hah??? aku cepat2 amik aisyah, tengok tangan dia tak de apa2, pastu gi basuh tangan dia. amik minyak gamat, konon2 nak sapu kat tangan yang kena gigit tadi, bila aku tengok dekat2 mmg ada kesan gigitan (lekuk gitu) tapi tak la sampai luka, mungkin itu hanya gigitan amaran si meow utk aisyah yang suka sangat kacau si meow...alahai...kesian kat aisyah kan? lainkali jangan kacau meow tau?

memang aisyah selalu sangat kacau si meow ni. ada satu kali tu aku nampak aisyah dah merangkak atas badan meow, buat macam aksi wrestling tuh!!! dan setiap kali aku nampak dia nak pegang meow mmg aku akan cakap 'jangan' dengan nada larangan. apalagi, dia pun tarik muka dan nangis la. aku bukan tak suka dia main2 dengan si meow tu, biasa la badan kucing ni kotor, tambahan pulak aku pelihara dia pun sbb dia datang ke rumah aku secara tak sengaja. aku tak tahu sejarah kehidupan dia sebelum ni macamana. nak mandikan dia pun aku tak berani sbb kucing yang tak biasa mandi akan meronta2 kena air, silap2 haribulan aku dicakarnya!! tak ke jadi kes naya...

sepanjang meow ni duk kat rumah aku, aku perhatikan dia jenis makan sikit tetapi kerap (mcm ibu2 mengandung pulak ayat ni). setiap kali makan mesti bertukar nasi, maknanya tak mahu lagi nasi yg sebelumnya walaupun masih ada lagi baki ikan dan nasi tadi. begitu cerewet kucing ku ini. dengan aku takpelah dia nak demand lebey2 tapi dengan bibik aku tu mungkin dia tak berani nak demand kot. sebabnya setiap kali aku balik rumah mesti tangkap kaki aku mintak nasi. bila aku tanya bibik, bagi tak nasi utk meow, dia cakap bagi. bila aku tengok nasi dlm bekas nasi meow, siap ada berkuah lagi tu nasinya (ikut menu masakan aku hari tu). mana lah meow nak makan...emmm macam2 tau...

kat sini aku nak ucapkan terima kasih kat kak ummi di ratuhati.com sebab kasi tip2 yang berguna utk aku dalam memelihara si meow ni. sebelum ni aku mmg suka dan pelihara kucing tapi kali ni nak pelihara secara berpendidikan lah,,,keh keh !!!

harap2 si meow dan anak2 dia tu sentiasa mendoakan tuannya ini...kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat nanti..amin...

Tiada ulasan: