Khamis, 6 November 2008

Perjalanan / Rombongan Yang Amat Meletihkan....Part 5


25/10/2008

hari yang ke-3 kami berada di jakarta semula...pada awalnya cuaca panas kemudian bertukar hujan lebat di sebelah petang.agenda hari ni, kami ke monumen nasional dan istana presiden. keluar dari hotel jam 9 pagi. kesian kat aisyah, walaupun dia tak meragam tapi tentu dia keletihan ke sana sini...

sampai di monumen nasional, aisyah dah tidur, tapi aku bawak jugak dia jalan2 sekitar tu. ramai peniaga jalanan menghampiri kami dgn jualan masing2..dari air mineral dlm botol yang dipanggil 'aqua', jualan air panas, key-chain, dan macam2 lagi lah. suami sempat beli topi yg berharga rp500. murah ajer kan?

seterusnya kami ke istana presiden. aku ingatkan terus dapat masuk istana tu, tapi rupa-rupanya giliran kami yang ke 25, sedangkan masa tu rombongan ke 12 baru masuk...la macammana nih? aisyah tak makan lagi, jam dah 11 lebih, dah lah tadi Pak Jais ckp jangan bawak apa2 turun dr bas, aku yang ingatkan menunggu tak lama tu, tinggalkan semua barang2 keperluan aisyah dalam bas.. emm nak mengamuk pun tak guna, sabo je lah...

kak ita yang mmg dr awal lagi tak berapa senang dgn jadual rombongan ni, dah naik hangin satu badan. alih2 dia mintak keluar dr kawasan istana tu, dengan alasan kesian kat Aisyah!!! apa lagi, dengan nama aisyah jugaklah kami berlima (Suami, Kak Ita, Suami Kak Ita, Aku dan Aisyah) dapat keluar dan jalan2 di Tanah Abang.Kat sini lah baru aku dapat shopping sakan, emmm melayang juta-juta rupiah kat sini...tak pe janji puas!!!

bergambar di sekitar Monumen Nasional Indonesia....





26/10/2008

perjalanan balik ke Labuan....
awal-awal pagi lagi (4.30 pagi) dah bertolak ke Lapangan Terbang Cengkarang, Indonesia. Aisyah pun tak tido bila tengok kami bersiap2 nak keluar hotel ni. nak mandikan dia pun, masih awal lagi. maka ke airport dgn baju tidur laa...flight ke Jakarta-KL jam 10 pagi. jam 12 dah sampai LCCT.. lepak dalam surau la...masa ni dah perasan Aisyah mcm nak demam sikit. muntah 2 kali sepanjang menunggu nak check in balik ke Labuan...sabo jer lah...

flight ke Labuan jam 6 petang. sempat lah bergambar dengan Aisyah dlm flight utk kenangan nanti...emmmm sudah tamat episod Perjalanan/ Rombongan Yang Amat Meletihkan ini....




Tiada ulasan: