Selasa, 4 November 2008

Perjalanan / Rombongan Yang Amat Meletihkan....Part 4

Setibanya di Bandung sudah malam....jam 8.30 kami singgah di sebuah factory outlet..tak puas hati betul kalau setakat dtg sini nak shopping kat outlet nih...entah apa2 tah agen kami tu...ada ka??? pak rizal bagi masa 1 jam utk shopping kat sini ajer??biar betul??? kak ita, yang dah 5 kali dtg shopping kat bandung ni tak penah pegi outlet mcm ni, mesti gi Pasar Baru Bandung tu lah, baru betul2 merasa nikmat bershopping!!!...aku pun tumpang lah sekaki naik hangin sbb kecewa sgt tak dpt shopping...sbb tujuan dtg sini mmg shopping je pun, kalau tak dapat mmg tak berbaloi la ikut rombongan nih...uhuhu...

Jam 9.00 malam, kami makan di restaurant seafood, bandung...tak puas hati sgt makan, sbb byk lauk dah abis, maklumlah aku mkn last sekali lepas setelkan aisyah dulu...dia dah kenyang makan, baru lah umminya makan pulak...

Lepas tu terus ke hotel (lupa lak nama dia!!!)...nampak ajer katil, terus ajer baring dgn Aisyah....hehehe...sian aisyah mesti letih sgt kan??jam masa tu dah dekat jam 11 waktu indonesia...apa lagi...zzzz laaa....

24/10/2008

Pagi2 lagi aku dah bangun, buatkan bubur aisyah dan berkemas barang2 semula utk check out sebab lepas jalan2 kat bandung nanti kami terus bertolak ke jakarta semula. cam tak best je schedule diorang nih...ke hulu ke hilir, satu brg pun aku tak beli lagi...

Bila turun sarapan jer, mmg cantik sgt kawasan persekitaran hotel ni, udara pun nyaman ajer. kami makan di coffee house yang berada di atas tasik semulajadi, banyak betu ikan air tawar, beso2 pulak tuh...geram nak tangkap!!! siap makan, dan suapkan aisyah bubur nasi dia, aku nak cuci tangan, tapi tak de la pulak singkinya...kena la ke toilet wanita....aku tinggalkan suami sorang2 layan ikan kat tasik tu..mmg cantik betul...rugi tak snap gambar...tak dan...kelam kabut sikit hehehe...
keluar dr hotel ajer, ramai betul peniaga jalanan yg sdg duk menunggu 'mangsanya'. aku dan suami antara yang last sekali keluar ni menjadi mangsa penipuan mereka....entah macamamana aku dan suami beli :
3 helai telekong yang sulam tak lawo sgt = Rp 500 ribu
10 btg pen kayu - Rp 70 ribu
20 keychain bandung - Rp 100 ribu
15 beg souvenier bandung - Rp 100 ribu...

yang paling rugi tu sbb harga telekong tu lah yg mahal sgt...dalam rm70.00 sehelai...aduhai, kena tipu awal2 pagi lagi...takpelah, niat sedekah lah kat bapak tu sbb mmg dia nampak mcm perlukan duit pun...emmm nak menyedapkan hati je tu...

bukan tak sabo nak shopping tapi kami dimaklumkan agenda shopping takde, tu yang main beli ajer kan...mmg nak rugi, nak buat mcamana...lepas 'shopping' tu aku naik bas, susukan Aisyah dan dia pun terlena. mgkn sbb cuaca sejuk dipeluk pulak, tu yang cepat aje dia lena. aku yang kesiankan dia kesejukkan ni, sbb pakaikan baju lengan pendek je utk dia, terus cari beg coklat yang aku guna utk isi barang2 kelengkapan Aisyah utk amik tuala dia sebagai selimut. cari punya cari, tak jumpa. Mana pulak beg nih!!?? bila aku tanya suami, dia pun tak nampak beg tu...alamak!!! mmg sah dah tertinggal kat hotel tadi. aku terlupa nak ambil semula lepas cuci tangan kat toilet...macamana nih??? Mujurlah dalam beg tu takde brg berharga sgt, sehelai towel Aisyah, 2 psg baju persalinan Aisyah, sebotol susu Aisyah dan tisu muka...bila suami mengadu kat Pak Jais (tourist guide kami) dia ckp,bas akan pusing balik nanti. aku ni dah kelam kabut dah, tak puas hati suh lagi suami tanya lagi sekali. pusing balik tak??? mujurlah suami menyabarkan aku...aduhai....Pak Jais telefon hotel tu, bagi maklumat ttg beg tu dan minta pihak hotel telefon semula kalau beg itu ditemui...last2 mmg tak jumpa punyalah....betullah kata2/pesanan kawan2 yang pernah ke Indon, jgn tinggal brg sebarangan, diaorang tunggu peluang aje nak ambik barang2 kita terutama brg2 dr pelancong ni...sbb kat sana, rakyat dia mmg betul2 susah (yg kaya, kaya sgt)cari duit bagai nak rakkk tapi duitnya tiada...maka bersyukurlah kita yang hidup di Bumi Malaysia yang mewah dgn segala macam nikmat dunia ni...

Sudahnya, beg hilang, aku pun redha je lah, nak buat apa lagi! perjalanan diteruskan ke kawasan gunung berapi yang tak aktif lagi di Gunung Tangkuban Parahu, bandung. sejuk betul kawasan nih, aku terpaksa pakai baju lengan panjang utk aisyah. kami ke sana naik van yang telah disediakan. mmg kuat betul bau belerang dan gas dia, aku hampi muntah, mujur tak jadi hehehhe..

bila turun dr van ajer, kami dikejar macam artis popular oleh peniaga jalanan di situ. aku yang dah serik kena tipu td, langsung tak layan mereka semua. yang lucunya, bila diorang nampak aisyah ajer, macam2 jenis mainan baby yang dia keluarkan dan cuba mainkan depan muka aisyah supaya aisyah tertarik dan terminat. lama juga dia mengekor aku dan aisyah. bila aku ckp, toloonglah, anak saya ni tak pandai lagi nak main dengan semua tu, dia masih kecik!!! baru lah budak (peniaga) tu tak dekat dengan kami lagi...kalau tak, mmg rasa macam siti nurhaliza dikejar paparazzi lah...hehehe...

hampir sejam lebih jugak berada kat situ ajer...yang ruginya kami tak dapat turun ke Kawah Domas, di situ boleh rendam kaki dan mandi lumpur gunung berapi..boleh sembuhkan bermacam2 jenis penyakit yang susah nak disembuhkan dengan rawatan moden atau tradisonal sekarang. Rasa teruja sgt dapat tengok Kawah Ratu, yang paling besar dan tak aktif lagi. Sebelum ni pelawat boleh turun tapi sekarang dah tidak dibenarkan lagi kerana mengandungi gas beracun.

dari Gunung Tangkuban Parahu, kami terus bertolak ke Fakultas Kedokteran Univ. Pajadjaran, Bandung...em budak2 suka lah melawat sini...tapi takpelah dapat pengalaman dan bawak Aisyah masuk sekali berdiskusi bersama pensyarah di situ, Dr. Nova...cantik sangat orangnya...

hampir jam 6 petang, kami bertolak semula ke Jakarta menggunakan highway selama 3 jam perjalanan. tak dapat juga shopping di Bandung walaupun memang teringin sgt nak membeli belah di situ. rasa rugi jugak sbb dah jejak kaki sbb bandung kan terkenal dgn barang2 murah..tapi nak buat macamana, kita ikut orang...itulah kata2 suamiku utk menyejukkan hati....

Tiada ulasan: