Khamis, 2 April 2009

Biadab!!!


terkejut kan dengan tajuk diatas?
ada kisah di sebalik tajuk nih...perasaan aku bercampur baur, antara marah, sedih, geram dan sakit hati (macam gambar kat atas ni) dengan satu soalan seorang pelajar kepada aku tentang rupa paras Nabi SAW.

seperti biasa aku mengajar Pendidikan Islam, aku suka mengaitkan dengan sirah Nabi dan cerita para sahabat supaya p&p tidaklah boring dan membosankan (selalu sgt subjek ni dikaitkan dgn isu mudah lulus dan pelajar tak amik serius ketika belajar, sedih lah.
jadi untuk p&p kali ini aku menggambarkan rupa paras Nabi SAW melalui 'athar' ataupun cerita para sahabat yang mutawatir tentang rupa paras Nabi SAW. sebelum itu aku minta pelajar jangan menggambarkan rupa paras Nabi SAW ini ke dalam bentuk lukisan atau gambaran nyata sebagai menghormati baginda.

sedang aku seronok bercerita diselang selikan dengan beberapa pertanyaan pelajar yang ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut tiba-tiba seorang pelajar ni mencelah dan bertanya direct kepada aku " usatazah, dah berapa lama ustazah hidup?" aku tercengang!! hah !! kamu tanya apa, ulang sekali lagi? dengan selamba dia bertanya lagi sekali " ustazah tahu tentang rupa paras Nabi tu, ustazah dah hidup berapa lama?" bila dia habis je ayat dia, aku dengan muka menyinga terus suruh dia berdiri dan macam2 keluar dari mulut aku (tapi masih boleh kontrol perkataan aku), berbakul-bakul aku marah dia. tapi dalam masa yg sama aku hampir menangis kerana inilah kali pertama ada pelajar yg begitu berani bertanyakan soalan sebegitu kepada aku sejak 5 thn aku bergelar guru nih.... aku menerangkan semula sekali lagi bahawa apa yang diceritakan tadi berdasarkan cerita para sahabat yang sampai kepada kita. contohnya Saidatina Aisyah R.A banyak menceritakan perihal Nabi SAW samada dari segi fizikal, amalan, sifat dsb.

apa tindakan aku? aku bawa pelajar ini ke Bahagian Disiplin dan mengadu apa yang telah dilakukannya terhadap aku. aku tahu mungkin dia anggap itu soalan yang biasa tapi ia tidak sesuai dan dianggap biadab apabila ia diajukan kepada guru atau orang yg lebih dewasa. aku serahkan pelajar ini kepada Cikgu Az*** untuk ambil tindakan selanjutnya. bila aku naik semula ke kelas, hilang semua mood untuk mengajar, jadi aku minta pelajar buat nota bagi tajuk yg dipelajari, kalau ada yang tak difahami, sila berjumpa dengan aku. masih terasa sebak di dada ni...

adakah kerana aku cepat beremosi kerana berbadan dua? sememangnya aku wajib sensitif dengan senario sebegini kerana itu tandanya aku masih ada 'kuasa' sebagai guru untuk mendidik pelajar agar lebih beradab dengan orang yang lebih tua...

wallahua'lam....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hmm, memang biadap budak2 zaman sekarang kan? rasanya mana2 sekolah pun ada masalah yang sama, kan? pening rasanya... tapi, sabarkan hati...

zie1978 berkata...

tu lah sya...
nilah pertama kali akak jumpa budah biadab mcm ni...

sya, ngaja sekolah mana?