Isnin, 21 Julai 2008

Aisyah dah 7 bulan!!!!

Hari ini 21 Julai 2008 umur Aisyah genap 7 Bulan (kalau ikut bulan Islam, hari ini Isnin 18 Rajab 1429 H- kalau ikut bulan omputih, 23 hb julai ni baru genap 7 bulan)- kalau nak kira hari lahir anda ikut bulan ISLAM klik sini

Setiap kali nak berubah bulan, Aisyah mesti tak tidur malam,jadi aku sama2 tak tidur temankan dia main golek2 atas tilam, macam malam tadi la,siap berak2 lagi jam 12 malam, aku tengok keras sikit najis dia, em sdgkan aku bg dia makan pisang tiap2 hari...apa masalahnya tu...tapi aku tgk tak la keras sampai sembelit, kira masih ok dan dia pun tak lah meneran sampai merah2 mukanya...tapi aku masih risau, kena cepat cari solution spy tak mudarat utk dia.
jam 1 pagi dia baru tidur...tu pun asyik terjaga2 nak menyusu...dia tak menangis tengah2 malam mcm baby lain dah kira bagus bagi aku...aku bersyukur dengan kehadiran aisyah selama 7 bulan ni, aku rasa sikap aku byk berubah...like2 mother gituh..hehe..
pagi tadi sebelum gi sekolah sempat snap gambar aisyah ni...

syahdu sgt tgk muka dia tengah tidur..
aku selalu cakap kat hubby 'mesti aisyah sedih kan...kita gi kerja dia tengah tidur, bila terjaga tengok ayah dgn ummi takde...terpaksa la duk dgn cik lin dia'
apa boleh buat aisyah, walaupun ayah dan ummi tak de di sisi aisyah setiap pagi-petang, kami sentiasa merindui aisyah dan menyayangi aisyah sepenuh hati...

selalu pagi2 aku yang mandikan dia tapi pagi ni dia masih tak bangun sampai la aku nak ke sekolah dia masih nyenyak tidur, tak sampai hati nak kejutkan dia. jadi aku bagi tugas itu kepada lin... aku ada perasan aisyah ni mcm2 gayat2 gitu (2-3 hari lepas) kalau mandikan dia dalam bensen pink, aku rasa la, mgkn dia ada fobia ms mandi dgn lin, mgkn air terlalu sejuk ataupun jirus air kuat2 kat badan dia...so aku tak suruh lagi lin mandikan guna besen tu, just gn yg lama utk keselamatan aisyah...dgn aku jer dia nak mandi dgn besen tu, dgn ayah dia pun dia ala2 gayat (tangan duk pegang baju seolah2 minta dikeluarkan). seperti biasa sebelum pergi sekolah, aku bacakan doa utk dia...moga anak aku ni selamat di bawah jagaan lin...amin..

semalam aku masih demam lagi tapi dah ok sikit lepas makan ubat...hubby ajak makan luar, tapi dekat jam 3 ptg baru keluar (sbb tgu aku bgn tidur, mengantuk lepas makan ubat tuh)...sian dia mesti dah lapo sgt tgu aku...lepas bagi aisyah mkn tengahari, bubur nasi+carrot+kentang dan pisang sikit,kami pun keluar ke bandar...aisyah gembira sgt sampai menangis2 tgk aku dan hubby bersiap2, takut org tinggal dia (skrg dah tahu aku pakai tudung tu tanda nak bawak dia jalan la)mana tak nyer sbb semalam + jumaat tuh, kami tak bawa dia gi mana2 pun sbb hubby ada kursus.so masuk je dlm kete terus lompat2, dah tak suka duduk atas riba aku sgt, dia suka berdiri sambil lompat2 tengok awan dan pokok2, ataupun duk atas riba aku sambil mengadap keluar tingkap, dua2 tgn dia letak atas pintu kete sbb dia suka angin yg kuat tu kena muka dia. tak sabor la nak tggu dia pandai jalan!!!

lepas makan, hubby lapo sgt banyak betul nasi dia amik, aku tak lalu just order nasi grg kampung, punya la lama tunggu sdgkan pelanggan tak de pun...dah la tak sedap...tak abis pun, syg....rugi...hubby pun dah bw aisyah jln2 sbb tak mau duk dlm stroller dia tuh, kalau tak mmg dia yg abiskan...hehe

pastu terus gi beli brg2, antaranya stokin dan buku utk aisyah ni...

tujuan beli buku konon2 nak ajar awal la abjad ABC tu tapi bila dapat je terus masuk dlm mulut dia!!!...yang stokin tu aku tengok kaki aisyah dah panjang, dia punya sarung kaki pun mcm tak muat lagi, jd aku belikan yg baru kaler kuning n purple ni...aku suh lin pakaikan hari ni lepas mandi...

gambar kat bawah ni pulak, aisyah baru bangun tidur, ayah balik dari kursus jer terus ummi ajak snap sekali sbb hubby nampak smart pakai baju kemeja yang aku baru beli utk dia ari tu...siap calling lagi "tq sbb beli baju, selesa la pakai baju ni"...aku pun nak tq juga sbb bagi aku kasih syg yg tak berbelah bahagi utk aku...sepenuhnya!!!

Jumaat, 18 Julai 2008

Selsema...




Malam tadi tak berapa lena tidur..mgkn sbb aisyah selalu terjaga..dia suka golek2 badan atas tilam pastu terus golek2 atas lantai (suka sebab sejuk kot). byk kali juga aku tersedar dan terus angkat dia balik utk tidur sama2 atas tilam pastu golek semula ke lantai...tak elok tidur atas lantai, tambahan pulak kalau takde lapik. hubby selalu tegur aku kalau dia tengok kaki atau tangan aku 'terlepas' kat lantai masa tidur.

subuh, hubby bangun dia terkejut tgk aisyah tidur atas lantai...em cepat2 dia angkat letak dlm buaian sebab aku pun dah nak bangun, bersiap2 nak mandi dsb.lena aisyah tidur...sampai ayah angkat pun dia tak terjaga...

lin sampai awal pula pagi ni..hubby pula ada kursus kurikulum di Bedaun, jadi lewat sikit keluar. hubby tolong panaskan enjin kereta,pas cium aisyah yang lena tidur, salam dgn hubby n greeting sikit2 aku terus ke sekolah...

kena urus budak kompang sambut tetamu dr SMK Jln Reko kajang, bhg Pend. Khas...setel semua aku naik bilik aku...tiba2 aik, kenapa ni bersin banyak kali...alamak selsema la pulak ..mgkn tak ckp tidur mlm td....lupa lagi nak minum bidadari td..aduhai..

beginilah...selagi mana ada anak kecil, mmg kena berhadapan dgn tak cukup tidur, letih dan terkejar2 utk layan anak n hubby...tapi semua ini membuatkan aku selalu semangat utk cepat2 balik ke rumah...walaupun letih tapi masih gembira dan bahagia memiliki kalian...

Rabu, 16 Julai 2008

Maid ohhhhhhhhh maid....

sebenarnya aku dalam dilema sekarang ni...lin nak berenti kerja 26hb ni dengan alasan mak dia nak kerja as a cleaner kat stesen minyak petronas, jadi dia diminta jaga rumah dan tgk atuknya yg tinggal sebelah rmh dia tuh. walaupun aku rs alasan ni macam tak logik/kukuh sgt, aku tetap menghormati dan merelakan dia berhenti kerja dgn aku.mmg aku dah bersedia menghadapi risiko amik maid org tempatan ni, mmg takkan lama diorang nak kerja jd org gaji ni...tambahan pula latarbelakang lin ni bukan org yang susah sgt...sebenarnya awal bulan 7 baru2 ni lagi lin dah sms aku bagitau bhw dia akan berhenti hujung bln, tup2 kelmarin bagitau semula nak kerja sampai minggu depan je (awal seminggu)..aku rasa dia boring kerja sbg maid ni, tak bebas, tak boleh jalan2, kerja 'low class', lainla mcm pendatang dr indonesia tu mmg dtg sini utk mencari rezeki jd sanggup buat apa saja pekerjaaan asalkan ianya lumayan...

aku pun telefon k.alina, (dia ni penah nak kerja dgn aku tapi disebabkan dia ada suami dan anak2, jd dia tak dapat tinggal dgn aku, kalau nak beranta, berambik, parok tu minyak keter sbb jauh juga rmh dia...tapi bukan itu sgt masalahnya, masalah takut tak larat tiap2 hari nak jemput dan hantar dia balik...jadi aku cancelled la wpun suka sgt cara dia layan aisyah ari tuh...)
k.alina bagitahu anak saudara dia baru datang dari indonesia 2 minggu lalu, kalau dia nak kerja aku boleh amik dia kerja dan terus jamin. selang sehari kemudian aku telfon k.alina, dia bagi aku bercakap dgn mak budak tu, lepas disoal selidik, budak tu namanya murni, dlm pasport hasni, umur dia baru 18 thn tapi dalam pasport 28 thn, bila aku tanya, mau kerja ke dgn aku ni..dia ckp budak tu mau...aku terus cakap ' em saya booking dia lah, jgn terima apa2 kerja lagi start bulan 8 nanti', dia jawab, ok lah kalau cikgu mau jamin, aku jawab tanpa fikir panjang, mmg aku akan jamin. bila duk berbual2 dgn hubby baru aku sedar sepatutnya aku akan jamin dia selepas sebulan untuk proses pemantauan, kalau aku puas ati baru aku boleh terus jamin dia...tapi tak pelah nanti bila dah nak amik dia dtg rmh, aku akan bagitau macam tu..aku cpt2 booking budak ni sebab percayakan k.alina, takkan dia nak bagi orang yang tak ok utk aku kan...so tengok jelah macamana nanti, smada ok atau tak..

bagi aku penting sangat sikap saling percaya mempercayai antara satu sama lain. aku nak dia amanah, tidak panjang tangan dan tidak menipu (ni mmg syarat pertama bg aku). kalau boleh aku tak nak perasaan syak wasangka kepada maid..bila ditanya semua ok, semua beres, tapi tulah kena yakin TUHAN ada dan DIA akan tunjuk bukti yg nyata, semua tu bohong dan tipu semata2..bila jadi macam ni, aku dah mula hilang kepercayaan. bila aku pikir balik, satu je kelemahan aku ni, terlalu mudah mempercayai org, mudah buat baik kat org, tapi bila timbul konflik atau salah faham, masalah tu berbalik semula kat aku, org yang salah tu boleh relek dan buat macam biasa ajer, aku pulak yang tensen lebih2...

ok berbalik citer budak murni ni..bila lin bagitau nak berenti awal, aku telefon k.alina sekali lagi nak tanya murni ni boleh mula kerja awal tak dgn aku. kali ni aku bercakap sendiri dgn dia. bila aku tanya, kamu kerja di mana sekarang? diawab 'sekarang ni saya bekerja di kantin sekolah mutiara (sekolah aku lah tu)!!! HA? terkejut beruk aku..aku tanya murni, ada nampak saya tak? dia cakap ada...nape tak tegur, segan katanya...aku pun bagitau tujuan aku telefon ni. dia ckp dia akan minta / tanya kak ida(tokey kantin sekolah aku, mujur la aku baik dgn k.ida ni, boleh jg risik2 macamana murni ni nanti). hubby ckp, dari nada suara dan gaya percakapan si murni, dia ok. tapi terlalu awal utk buat penilaian selagi mana kita tak kenal rapat dgn sesorang tu kan...emm dalam hati harap2 bakal maid aku ni nanti baik orangnyer...

bila ada kesempatan ke kantin, aku try jg jenguk2 mana satu si murni nih? kebetulan ada kak ida. aku terus tanya dia, akak ada pekerja bernama murni kan?..dia mcm terkejut, terus keluar ajak aku ke tempat tersorok sikit. dlm hati aku, ahhh apa pulak nih? aku terus tanya, kak macamana si murni selama kerja dgn akak? dia bagitau murni ni rajin sangat orgnyer, buat kerja kemas dan cekap..part tu aku tarik nafas lega...oohhh ingat kan apa la td, buat saspen je akak ni...tapi bila dia ckp 'sebenarnya murni ni dlm pemerhatian akak'..aku terus tanya 'kenapa???' dia ckp gerak hati dia rasa tak best je bila tgk si murni, jd dia minta 2 'spy' utk perhatikan murni..aku dah mula rs semacam jer..aduhai..rupa2nya diaorang syak murni ni ada amik duit kantin (rm50), tapi belum ada bukti...aku yang dgr ni mmgla kecewa sgt...tapi kak ida ckp, mgkn kerja maid tak jumpa duit hari2, dia ok kot..bagi aku, bukan masalah kerja ada jumpa duit ke tak...kalau org amanah, tak panjang tangan, duit bertimbun dpn mata pun kalau buka hak dia, dia takkan amik...em camane ni yer...aku pun dah agak2 fed-up terus je minta nak beredar...nak menyedapkan hati aku ckp dalam hati mgkn itu hanya sangkaan buruk terhadap org yang tak bersalah...banyak kan kita tgk, org tak buat pun, tapi disebabkan sangka buruk, syak wasangka yg melampau, org baik nampak jahat...harap2 begitu lah....

bila ada lapang jer, terus telefon penasihat 'besar' aku ni...my lovely hubby. mujur dia takde kelas, so boleh ckp dlm keadaan santai dan relek sikit wpun dalam hati ni kusut masai. hubby pun sama pandangan dgn aku, iaitu bagi kami tak penting sgt dapat maid yang rajin (wpun ia penting jg tapi jatuh ke 3-4 lah), pandai buat kerja dsb tapi kalau sifat amanah tu tak de punah semuanya...tapi hubby masih bg ruang sbg trial utk murni kerana citer2 kat atas tu masih belum ada bukti kukuh yang menunjukkan dia benar2 amik duit tu. mcm kak ida ckp lah, mgkn dia letak dlm laci lain yang bercampur2 dgn not RM50 yg lain jd 'spy' td tak perasan atau tahu dia dah letak duit tu kat situ...mmg itu juga lah harapan aku, agar semua citer2 ni hanyalah sekarang sangkaan shj...

em ada beberapa hari je lagi murni akan masuk ke rumah aku sbg maid kami..tengok je lah nanti, kalau ada masalah berat baru aku pertimbangkan samada nak amik dia atau tak, tapi kalau setakat msalah kecik2 tu aku pejam mata jer...

wallahua'lam...

Selasa, 15 Julai 2008

Masa Silam yang indah....

tepat jam 9.20 15 Julai 2008, kawan lama k.imah tiba2 YM aku...seronoknyer...teruja sgt chatting dgn dia sbb rindu bangat...tapi yg peliknyer nape nama dia tak aktif kat contact aku yerk?emmm tak pelah...wpun kejap je dpt chat dgn k.imah ia dh mengubat rindu ini pada kawan2 lama, mcm k.imah ni, dia kecoh tp sgt baik hati...
rupa2nya k.imah hilang handphone bulan lepas, jd 'cari' aku dgn YM, just try2 jer, dia tak sangka aku online...em rezeki2..

1998-2001 adalah tahun aku bersama k.imah, k.su dan lia...k.su dan k.imah panggil aku 'rodik' (adik) sbb aku paling muda, dan gelaran tu masih kekal hgga ke hari ini.sepanjang tahun pengajian kami di ukm tu, banyak sgt kenangan manis, (pahit, mcm takde jer) sbb kami berempat ni tak pernah bergaduh dan sentiasa 'happy go lucky' jer...kami selalu amik subjek teras dan pilihan yang sama,kelas tutorial yg sama, wat kerja sama2...dalam kami berempat ni, lia yg paling rajin, wat nota, copy maklumat itu, cari maklumat ini, dan aku yang paling malas sekali...selalu wat assignment last minute..tapi yg peliknye, result aku yg gempak sekali!! emmm camane tuh? hehehe

em nak cite la sikit kisah silam dulu2...aku ditawarkan menyambung pengajian ke UKM setelah mendapat result STA yang agak2 ok pada tahun 1998 ambilan pertama (resit pembayaran dan slip pendaftaran masih aku simpan sbg kenangan). suka dan gembira sgt2 waktu terima surat "Urusan Seri Paduka Yang DiPertua Agung" tu sampai nak menangis..sbb apa? satu, sbb gembira sangat dapat masuk u selepas berhempas pulas masa form 6, tak tidur malam, mata dah macam burung hantu, asyik mengadap kitab ajer..dalam hati emm tarbayar juga pengorbanan aku selama ni...kedua, masa tu zaman gawat ekonomi, ayah dgn ummi mmg takde duit utk bayar yuran aku...seingat aku, yuran pengajian sebanyak RM1400+- (tak ingat dah jumlah yg tepat) aku serba slh samada nak sambung atau tak...tapi mngkn berkat doa, kesabaran dan pertolongan daripada byk pihak,aku berjaya juga menempatkan diri di UKM nih...ayah dgn ummi org yang plg banyak berkorban, tapi masih ada org lain yg sanggup tolong aku, abg sha dan k.ti, diaorang la yg banyak bantu aku terutama time sempit2 nak makan tapi takde duit...ah sedih pula bila ingat tapi manis bila dikenang. tiba hari pendaftaran tu ramai jg yg hantar aku, naik kete abang.
seperti biasa, berjalan kemana2 ummi mesti bawak bekal dr kg, lepas daftar je kami makan tengahari di tepi padang, dekattt dgn tandas, sbb sng nak basuh tgn..setiap kali lalu tepi pdg tu (sbb tepi jalan raya besar) mesti aku teringat punya lah, nilah tempat kami makan ms mula2 aku sampai dan jejakkan kaki di ukm ni...

aku ditempatkan di KAMSIS Dato' onn. Kamsis ni antara yang terdekat dengan Fakulti Pengajian Islam (FPI) aku jalan kaki je kalau nak pi kuliah..3 tahun duk di kamsis ni, mmg meninggalkan macam2 kenangan...
kawan2 aku yang lain pula, k.su di Kamsis Ibu Zain, K.imah di Kamsis Ungku Omar (tapi k.imah selalu tukar2 kamsis) dan lia duk kat kamsis luar.masa kat UKM ni mmg kami takde main cintan2 ni..langsung tak pikir nak bercinta, walau pun kawan2 duk ckp kena cari pasangan msa ni, nanti dah abis belajar ssh nak dapat pasangan, tapi aku solo sampai tamat belajar...ada juga ustaz2 duk usha2 tapi entah, aku tak berminat pulak ms tuh...mgkn takde jodoh kan.
akhirnya kami pun tamat belajar di sini pada Mac 2001...konvo pulak 7.7.2001 sehari sebelum birthday aku tuh,mmg betul2 touching lah...

abis je study, masing2 bawak diri, aku sempat kerja kat kilang Sony kat BBB selama sebulan, gaji seribu lebih,ms tu sebut je seribu mmg set dalam pale, banyaknyer gaji !!! tapi aku berenti awal sbb tak larat nak kerja shift, mana tahan duk berjaga tengah2 malam psg skru DVD!!! masa tuh kami dah mula berpisah dan tak contact, sebab masing2 mana ada handphone mcm sekarang nih..kalau bersama pun aku dgn lia jer..pastu bila aku kerja kat SRIP melaka (gaji rm600), terus terpisah terus dgn lia pulak..
kat Srip melaka ni pun byk simpan kenangan, aku duk hostel di tingkat atas, di tingkat bawah,kelas utk students, kira boleh jimat budget la tak pyh pk nak bayar sewa rumah, makan pun free, siap boleh bg lagi duit utk ayah dgn mi dan adik2 rm 400 sebulan, tinggal rm 200 utk diri sendiri...
sekejap je kat sini sbb kena pecat (lawan bossss, bukan salah aku aaa...aku hanya menegakkan kebenaran!!! ms tu kan era reformasi, jd semangat tu lain sikit). berhenti kerja di melaka, aku dapat kerja pula di SRA kem wardieburn, setapak sebagai guru PAFA, ganti org bersalin, ms ni tengku yg tolong aku dapat kerja nih sbb suami dia guru besar kat sini...aku ajak la ani (skrg kat JB)sbb ada dua org yg bersalin...sempat dua bulan di sini aku resign sbb nak sambung master di UKM balik..
masa belajar master ni la aku jumpa sorg lagi awan lama ms zaman persekolahan menengah dulu, saadi awang (dia ni antara kawan2 aku yang baik la (baru aku sedar, hidup aku ni dikelilingi dgn ramai org2 yang baik))dia wat master kat FSKK, aku kat FPend, tapi selalu jugak jumpa kat library, konon2 nak cari bahan, tapi borak je yang lebih...masa ni pun byk kenangan pahit manis...
tak sempat habis master, dapat KPLI, tak sangka dapat sbb aku hantar borang sehari sebelum tarikh tutup permohonan, dan masa interview tu pulak, kebanyakkan soalan berbentuk provokasi, jd aku tak boleh jawab sgt...tu yg pelik aku sorang je calon perempuan yang dapat..rezeki rezeki...jadi dalam ms buat KPLI aku masih student master UKM, aku rahsiakan hal ni dari semua pihak...
januari 2004 aku diposting ke Kluang, master tak siap2 jugak...saadi dah lama konvo hehehe...
kawan2 aku yang lain? makin lama makin terputus hubungan...k.su, dah ada anak sorang, baru2 ni aku ingatkan dia nak tukar sini sbb suami dia kerja sini, rupa2nya tak jadi, frust aku,k.imah baru start jd ustazah j-qaf awal thn baru2 ni kat setapak, tak kahwin lagi, tak tanya pulak k.imah dah jumpa mr.right ke belum...lia pulak, duk mabuk2 mengandungkan anak pertama selepas hampir 5 thn kahwin...

aku harap persahabatan dan hubungan ini biarlah berkekalan dan berterusan walaupun jarang contact dan masing2 dah ada haluan sendiri...amin...sayang semuanya...(emm mcm lirik lagu (cipta sendiri jer) yg aku selalu nyayikan utk aisyah pulak!!!)

Jumaat, 11 Julai 2008

Aisyah belum ada rambut...

lain sangat rupa Aisyah masa baru2 lepas cukur rambut arituh..



tengok gambar kat atas tu, leher dia masih lembik lagi...ummi agak2 masa ni Aisyah baru berumur sebulan setengah...kita baru sampai ke Labuan kan...

Anak-anak saudaraku....



Picture Captions









Hubby ke KK

Ayah Aisyah bertolak ke KK pagi tadi. jam 6 pagi dah ke sekolah untuk sama2 menaiki bas bersama pelajar...hubby ada tanya nak ikut tak? aku pikir kalau tempat lain nak la pegi lagipun kena amik CRK tu yang malas nak ikut sama.

Khamis, 10 Julai 2008

Boy or Girl?

Sepanjang kehamilan aku tahun lepas, hubby terlalu inginkan anak lelaki. Anak sulung biarlah lelaki katanya…bagi aku pula, aku tak kidah samada lelaki atau perempuan…yang penting sebaik saja dia dilahirkan nanti aku dan baby selamat, sihat dan cukup sempurna sifatnya…..
Melihat kepada keadaan perut aku, ramai kawan2 cakap aku mengandung anak lelaki, Cuma sorang cikgu (kak Siti) dia ni guru ‘lama’ di sekolah aku yang bagitahu aku akan dapat baby girl sbb muka aku berubah terus masa mengandung, langsung tak cantek dan tak berseri katanya…sbb seri tu akan diambil oleh baby aku nanti…aku iyakan ajer…masih tak kisah lelaki ke perempuan…bila telefon ummi di kampong, dia akan Tanya aku, sedap tidur mengiring belah mana? Aku jawab kanan..ummi cakap kalau ikut dia, berat mengiring ke kanan, akan dapat baby lelaki, kalau tidur mengiri dapat baby perempuan…aku masih tak kisah…bukan apa aku terlalu kuat alahan sepanjang mengandung ni, jadi tak kisah sangat lah…boy ke girl…

Kerana terlalu inginkan anak lelaki, hubby dah letak nama baby dalam kandungan aku ni ‘Nik Ahmad’. Aku pun suka nama tu, ringkas dan amat besar maknanya. Jadi setiap kali kami duduk bersama, hubby akan panggil, Ahmad…Ahmad…buat apa tu kat perut aku ni….hehe gelihati juga bila ingat balik..bila dah usia kandungan 6 bulan, aku pi scan kat klinik suria…dia tanya, tak nak tahu kea pa jantina baby? Aku angguk aje..bagi aku, aku tak perlu tahu awal ttg jantina bayi yang aku kandung ni…bila dia cakap girl jer, aku senyap ajer, hubby pulak menyampuk, mmg confirm ke doc? Tak boleh tukar2? Aku nak gelak dgr dia blh tanya mcm tu…doc ckp kalau mcm daging burger tu sah la perempuan, kalau macam sosej tu mmg lelaki…, hubby cakap takpelah, perempaun ke lelaki ke sama jer…kadang2 tak betul pun keputusan kat scanner doc tuh. Tapi hubby masih panggil nama Ahmad kat baby dalam perut ni…sampailah aku nak bersalin pun…bila dah selamat melahirkan Aisyah, bidan cakap “Syayuzie, tengok sini (sambil angkat baby depan aku) sebut, awak dapat anak apa?” Aku dengan lemah jawab (sbb keletihan tapi bahagia sgt masa tuh) “Perempuan” kuat2 dia cakap…aku pun ulang “Perempuan”…aaa awak dapat baby perempuan yer syayuzie…perasaan aku masa tu bercampur baur..hanya TUHAN yang Tahu…Ya ALLAH inilah pengorbanan seorang ibu…

Umur Aisyah dah 6 bulan setengah, aku tengok semangat Aisyah mmg macam baby boy, dia tak mudah sakit, demam atau selsema…seingat aku Aisyah hanya demam beberapa kali iaitu dalam pantang sekali, sehari lepas cucuk (dah 3x gi cucuk) pastu nak demam tapi tak jadi lepas gi main air laut aritu…alhamdulillah… antibody dia kuat.
Tapi ada juga yang tak best nya…bila aku bawa Aisyah gi jalan2 kat mall ke, rumah org yang belum kenal dia ker, atau kalau dah kenal pun mesti cakap gini “ ni baby boy ke girl?”, “eh! Macam boy lah”…aduhai letih nak jawab, Aisyah ni girl la…kan Aisyah pakai baju warna pink, ada reben, ada rambu ramba lagi tu,tapi masih ada lagi yang tanya gitu…em takpelah..tak salah kan org jugak, sbb bila aku duk perhatikan Aisyah ni mmg mcm boy dari segi usaha dia nak dapatkan sesuatu yang dia suka…contohnya dia akan ambil, capai, bangunkan badan, angkat kepala setinggi mungkin utk dapat juga apa yg dia endak…mmg kuat tenaga dia ni…hehehe…sekarang ni dia dah pandai duduk sendiri tanpa sokongan dan cuba nak angkat badan mgkn dah nak merangkak kot…
Satu lagi sbb Aisyah nampak macam boy ialah, rambut dia yang tegak2 (tak mau turun kalau dalam keadaan kering) dan badan dia yg tegap tuh (dia ni kalau besar mungkin tinggi mcm ayahnya kot). So tak salah lah kalau orang cakap Aisyah macam boy…sian Aisyah…takpe Aisyah, nanti bila Aisyah dah besar Ummi nak ikat rambut Aisyah cantik2 pakai baju cantik2, mesti orang dah tak tanya kan?
Bagi ummi dan ayah, lelaki ke perempuan ke tak pe, yang penting kami berdua sayang sangat kat Aisyah tau…

Besen Mandi, Ruam dan Rambut....

semalam aku pi Puzat Pungutan Zakat untuk hantar surat mohon peruntukkan Program Kem Solat..lepas serah tu gi ke Parkson jap nak cari besen mandi Aisyah...dia pun dah boleh duduk sendiri, jadi apa salahnya aku beli...tengok2 masih ada lagi yang aku berkenan sejak dulu lagi..tgk harga masih sama, cuma takde diskaun. emm duk pikir2 nak beli ke tak ni aku turun dulu tingkat bawah nak cari nestum beras merah utk Aisyah...pastu naik balik, belek lagi..ahh beli je la, bila lagi...kalau pegi dgn hubby mmg sure dia tak bg punya hehehe...

sampai rumah dah jam 4.40 ptg (lbh kurg) sebelum tu dah called lin bgitau balik lambat skit...dia mcm moody la skit mgkn sbb aku lambat kot...aisyah terus je menjerit2 nak aku amik dia...lin balik aku pun pi kat kereta amik besen mandi aisyah ni...nampak macam excited sangat dia dapat benda baru, aku masukkan dia, bukan main suka lagi tgk gmbar warna warni dalam besen tu...
Picture Captions

Picture Captions

jam 6 ptg hubby baru balik dr sekolah, lepas koko dia main sepak takraw..patutla lambat..dia tanya beli apa lagi..aku wat bisik2 dgn aisyah, jangan cakap kat ayah, ni rahsia kita yer...aisyah pun sporting sgt mcm bg respon lepas aku bisik tu..konon2 nak suprised kat dia la ttg besen tu...last2 nampak juga sbb aku letak dalam bilik air lepas mandikan aisyah tadi.

aku bagitau hubby tentang ruam aisyah (akibat peluh dia) kat dahi dan punggung dia tu...yg kat punggung tu nampaknya macam dah kering, kat dahi tu petang tadi aku tengok ada kesan garu, mhkn gatal kot aisyah garu sampai kua darah...sian dia..aku tunjuk kat huuby, apa lagi kena potong la rambut aisyah sikit. walapun aku sayang sangat tgk rambut dia yg hitam dan lebat tu tapi terpaksa jg...emm siap potong pendek rambut dia, lagi la nampak macam boy...alahai sian aisyah...
Picture Captions

Picture Captions

Rabu, 9 Julai 2008

Tarikh Bahagia Bagi Kami...

Picture Captions

7,8 dan 9 Julai 2008..
azwan - 13 tahun
mak ngah - 30 tahun
pak dik amry - 15 tahun

30 tahun akan datang :
azwan - 43 tahun
mak ngah - 60 tahun
pak dik - 45 tahun

yang penting setiap tahun bila melalui tarikh dan hari ini, kami sentiasa mengungkapkan "SELAMAT HARI LAHIR"

ahhh syahdunya...