Rabu, 25 Februari 2009

Album....



Saje je nak letak gambar2 Aisyah selama dia berumur satu tahun ni...
banyak perbezaan jika dibandingkan dengan wajah dia mula-mula lahir dulu...
moga anak ummi sihat selalu. amin

Selasa, 17 Februari 2009

Alhamdulillah....

Alhamdulillah, pada 11-14 hb baru-baru ni abg sha selamat mengerjakan umrah...untungnya berada di Tanah Arab, Allah mudahkan perjalanan beliau untuk ke sana. perjalanan dari Jubail ke Tanah Haram, Makkah al-Mukarramah selama 13 jam dengan menaiki bas.
tambang pun murah ajer, SA 70.00 = RM 70.00. em bila lah aku nak ke sana...biarlah ayah dan ummi dulu ke sana, baru aku dan suami pulak menjejakkan kaki ke Tanah Haram ni.. suami dah janji, alang-alang ke Makkah dia nak bawa aku melawat tempat dia belajar dulu...em bila lah saat itu akan tiba. aku mohon Allah panjangkan usia kami dan dapat mengerjakan Rukun Islam kelima ni bersama-sama.

baru tadi abg sha hantar gambar2 semasa beliau berada di Makkah dan Madinah...untuk Kak Tie dan Anak-anak, bolehlah tengok untuk melepaskan rindu di hati setelah 2 bulan berjauhan....








Isnin, 16 Februari 2009

Solat Hajat dan Bacaan Yasin Untuk Adik Amir Yusuf

Sejak mendapat alamat blog ini fajaril.net melalui sya, hampir setiap hari aku membaca kisah Adik Amir Yusuf yang mengalami komplikasi otak, jantung dan pelbagai lagi sejak lahir...Ya ALLAH hanya TUHAN yang tahu perasaan ini apabila bait demi bait kisah yang diceritakan oleh ayahandanya amat2 menyentuh hati ini ( bagi aku en. fajar merupakan seorang penulis yang sangat baik).

di sini aku ingin mengalu-alukan kepada sesiapa yang membaca coretan ini, agar dapat lakukan solat hajat dan bacaan yasin untuk adik Amir Yusuf semoga dia cepat sembuh dan tidak lagi menderita dengan penyakitnya itu... Paling kurang sedekahkan selawat dan Al-Fatihah semoga jiwanya kuat melawan penyakit...

Ya ALLAH, sesungguhnya aku yakin, tiada yang sia-sia di TANGAN MU...

Jumaat, 13 Februari 2009

Selamat Pengantin Baru Miji...

Glitter Photos

Tanggal 8/2/2009 baru-baru ni, Miji selamat disatukan dengan Siti Aisyah. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. aku dimaklumkan majlis ni sangat sederhana tetapi meriah. ini lah ciri-ciri majlis perkahwinan yang dialu-alukan dalam Islam. tapi time aku nikah dulu, boleh thn jugak besornya...hehe...

untuk miji, adik lelaki aku yang sorang ni, (dah lama sgt tak jumpa dia), kami sekeluarga ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, jangan gaduh-gaduh dan selesaikan masalah rumahtangga dengan penuh hikmah.

aku tak dapat menghadiri majlis ni, sebab tarikh yang dipilih bukan dalam cuti persekelohan, masa miji bertunang dulu pun aku tak dapat datang sebab duk kampung suami...hanya doa sahaja dari aku yang kejauhan ni yang dapat aku kirimkan...
Glitter Photos

semalam, ayah maklumkan, ummi demam teruk, mungkin agak kepenatan dengan majlis sebelah lelaki pulak nanti yang akan diadakan pada 14 FEB ni..kesian ummi, terlalu banyak sangat kerja yang hendak dibereskan. mujurlah ada wani yang boleh membantu...harap-harap ummi cepat sembuh hendaknya...

Selasa, 10 Februari 2009

Bayi sujud dalam rahim ibu



cuba anda lihat video di atas, pastinya akan menemui keajaiban kehidupan dalam rahim...subhanallah...

dah lama tak entry cite kat blog nih...sibuk dan agak kepeningan sikit...pening? adakah aku berbadan dua? emmm kalau gitu, tak lama lagi aisyah akan dapat adik la!!!

sebenarnya klip video di atas, mengingatkan aku tentang apakah amalan aku sewaktu mengandungkan aisyah dulu. insyaAllah kalau ada rezeki lagi, aku nak jadi lebih baik dan menjaga semua amalan semasa mengandung. takde lagi mood2 yg kurang baik semasa mengandung tu...sian kat suami aku...selalu sgt kena melayan karenah aku yg ntah apa2 masa mengandung...menyesal pulak???

kepada ibu2 yang sedang mengandung, jagalah amalan perbuatan anda kerana di dalam rahim anda ada amanah yang asalnya fitrah, suci dan bersih...ia akan terbentuk hasil dari corak yang anda hasilkan...wallahua'lam....

Isnin, 19 Januari 2009

Aisyah sekarang!!!

kali ni nak cite pasal perkembangan aisyah.
- sudah makan makanan semi pejal...kalau pejal sgt takut jugak dia susah nak telan.
- tak mahu minum susu menggunakan botol susu...bibik kena bersabar la gunakan sudu.
- sudah pandai mintak dibawa jalan2 naik moto, naik kete tak mahu dah. kalau naik kereta dia akan duduk di bhgn kaki aku...lepak situ sorg2..
- sudah pandai sebut beberapa patah perkataan, kadang2 berbutir, kdg2 entah apa lah yang dia ckp...
- suka makan starwberry.
- pandai cium mulut ayah dan ummi untuk gerak tido. kalau kita pura2 pejam mata lagi kuat dia cium.
- selalu bgn pagi- seawal jam 4,30 pagi tuk temankan ummi masak...pastu tak tido dah sampailah ummi gi sekolah...
- dah tak nangis bila ditinggalkan untuk pergi kerja
- akan merengek2 selagi ayah tak bawa naik moto setiap kali balik kerja...sian kat ayah tau aisyah...
- suka bercakap sorg2 dengan telefon bimbit ummi atau telefon mainan
- suka makan sup dan sayur lemak putih
- suka selongkar barang dalam almari atau rak
- suka main mata dengan ayah ummi
- dah pandai tadah tangan untuk bc doa
- dah pandai cium tangan ayah ummi

emm... stop dulu la...banyak sgt perkembangan aisyah, pesat sekali...sampai tak ingat / tak dan nak tulis setiap satunya...

apa yg pasti terlalu seronok melayan karenah dia...moga2 aku tak salah mendidiknya..amin...

Jumaat, 16 Januari 2009

Terubat rasa rindu kat abang...

semalam dapat YM dengan abang yang berada di Jubail KSA, rasa terubat la sikit rindu dan ingatan kat dia yg jauh di perantauan tu...(wp aku pun jauh jg dr kampung-1 kali setahun je dapat balik kampung!!!)tapi abg lagi jauh kan...takpelah berkat BUMI HARAM di situ diharap abg dapat bertahan untuk mencapai target dia...

selamat menjalankan tugas untuk abang ku di sana...nanti kita borak lagi...

Rabu, 14 Januari 2009

Selasa, 13 Januari 2009

Suntikan untuk Aisyah

mengikut Jadual imunisasi sepatutnya aisyah diberi suntikan pada 23 disember baru2 nih. tapi pada hari berkenaan, aku sengaja tak bawa dia ke klinik sebab nak celebrate first besdey dia. aku bimbang dia sakit/demam lepas kena cucuk jd aku cancel lah nak pegi klinik..(ada ke gitu??? kawan2 jgn wat tau, mesti ikut jadual)

pastu pada keesokan harinya pulak, aku dah tak ingat yg aisyah nak kena cucuk ni, terus ajak ayah, ummi dan suami bercuti di cameron highland...konon2 macam hadiah utk aisyah la, bawak dia pi jalan2 kat tempat sejuk....

pastu bila balik ke labuan pulak, aisyah demam panas...mungkin perubahan cuaca yg tak menentu sekarang ni, dan aisyah nak 'meringan' badan (kata org tua) untuk berjalan...tertangguh lagi nak ke klinik...

jadi baru semalam (isnin 12hb januari 2009) aku bawak dia ke klinik.
bila nurse tanya kenapa lewat, aku bagitahu aisyah baru je sembuh dr demam. bila dia checked suhu badan aisyah 36 darjah celcius, aisyah boleh diberikan suntikan hari tu...sambil2 tu dia isi laporan kesihatan aisyah dan berbual dgn aku ttg perkembangan aisyah. berat aisyah 8.5 kg dan tingginya 7.9 cm...emm hanya 400gm je naik. takpelah asalkan aisyah sihat...nurse ckp disebabkan berat bdn yg tak berapa memberangsangkan, aisyah dikehendaki ke klinik lagi 2 bln akan dtg...em tak pelah...bila aku ckp aisyah tak mahu langsung menyusu botol, nurse ckp takpe asalkan aisyah lalu makan..alhamdulillah, kalau tak aku asyik runsing je aisyah tak mo menyusu botol, berapa kali tukar botol susu dah...tapi mgkn jenis dia dia agaknya...hehehe...nak yg ori jugak nih...

sebelum nurse cucuk aisyah, aku bacakan 'laqod jaakum' dan hembus kat bahu dan ubun2 dia agar dia kuat semangat...alhamdulillah, berkat amalan aku ni, aisyah tak menangis pun masa disuntik, nurse pun tak sangka tengok aisyah relek ajer (biasa baby nangis kan lepas kena inject)...dia pun ckp, good girl, tak sakit ker, senyap ajer...hehe...
sebelum balik seperti biasa aisyah dibekalkan dengan ubat demam. nurse ckp, kalau aisyah demam kena bagi setiap 6 jam sekali, kalau tak demam 8 jam sekali selama 2 hari...jadi bila sampai di rumah, walaupun takde tanda2 aisyah nak demam, aku tetap bagi ubat tu...takut dia demam lagi (dahle baru 3 hari je sembuh dr demam hari tu. bangun pagi tadi aisyah ok je, so aku tak bagi ubat...jam 10 td telefon bibik, dia bagitahu aisyah sihat dan aktif bermain, emm maknanya aisyah tak demam seperti sebelum ni selepas kena suntik, alhamdulillah...

ni lah antara gambar semasa bercuti di CH...best la tempat ni...sejuk betul...




Emm cepatnya masa berlalu....

Pejam celik pejam celik, umur aku dah meningkat, suami pun dah hampir menjejak ke usia 40 thn...alamak dah tua ker??? ahh pedulikan angkanya yg penting hati tetap muda dan bersemangat selalu... tanpa disedari cepat betul masa berlalu. pd 23 disember lepas, genaplah umur aisyah yang pertama. sambutan hari lahirnya tu disambut dengan acara yg sederhana ajer...kebetulan waktu tu berada di kampung aku, jd hanya atuk, nenek dan 4 org adik2 aku yang berada di rumah.

di hari yang sama juga pada 2007 merupakan hari yang paling menyakitkan dan menggembirakan hati aku apabila selamat jugak melahirkan aisyah selepas hampir 10 jam menunggu kelahirannya...bila kenangkan balik, nak menitis airmata ummi ni sayang...alhamdulillah, aisyah selamat dilahirkan secara normal dengan berat badan 3.1 kg dan tinggi 52 cm...berkulit putih kemeraha-merahan pada 11.40 malam di HTAA, Kuantan pahang...em syahdunya waktu itu...

pada 23 disember 2008 pula dah genap setahun umur aisyah, aisyah semakin sihat, aktif dan ceria seperti bayi yang lain. macam2 keletah yang mencuitkan hati ayah dan ummi setiap hari aisyah pamerkan, membuatkan hati ayah dan ummi berbunga2 dan tak sabar nak balik ke rumah bila tamat hari persekolahan...hehe

gambar2 di bawah ni sekitar sambutan hari lahir aisyah baru2 ni...
alamak aisyah tak suka lah rasa kek nih...

tengah potong kek...

selamat hari lahir sayang..tengok tuh bedak bertompok2 baby nih...

banyak lah pulak wording atas kek nih...hehe